30.May.2021
Wabak luar biasa coronavirus 2019 (COVID-19) membuat satu Malaysia dan satu dunia panik. Bermula dengan MCO 1.0 dan sekarang MCO 3.0 dengan kes meningkat setiap hari dengan kes hampi 10,000 (9,020 pada 29 Mei 2021 [MOH]). Bukan sahaja dengan kes meningkat, tetapi juga dengan kes Roti Gardenia habis diserbu, Maggi dan stok makanan habis di Supermarket, dan juga yang paling penting; face mask habis (dan harga yang mahal pada suatu hari yang dulu).
Sekarang ada kes baru dengan Vitamin C dapat mencegah diri dari COVID-19. Adakah ini benar atau tidak?
Mungkin ada perasan di kedai produk Vitamin C habis atau kurang dan juga di laman Social Media kata Vitamin C dapat bantu dengan mencegah dari COVID-19.
Sementara yang Pakar dan Penyelidik masih tengah study kesan dos tinggi Intravenous (IV) Vitamin C dengan Coronavirus, tiada makanan tambahan, termasuk Vitamin C, dapat mencegah atau merawat COVID-19 Coronavirus.
Jadi, lindungi dirilah dengan menjaga jarak sosial, pakai face mask, guna hand sanitizer, dan jaga kebersihan anda.
*Untuk berita dan update COVID-19 yang terbaru, sila kunjungi pada laman web: Kementerian Kesihatan Malaysia
Pada masa ini, tidak ada bukti yang menyokong penggunaan supplement Vitamin C oral untuk mencegah COVID-19.
Tetapi, terdapat Artikel Kajian dengan penggunaan Vitamin C dengan cara Intravenous (IV) melalui saluran darah.
Menurut artikel yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia: INTRAVENOUS VITAMIN C FOR COVID-19; Terdapat satu kajian di Malaysia yang tidak diterbitkan; melakukan kajian di kalangan pesakit COVID-19 yang sakit teruk dalam dua hospital yang berbeza, mereka membandingkan yang dirawat dengan Vitamin C dos tinggi dengan yang tanpa Vitamin C. Kedua-dua kumpulan menunjukkan latar belakang klinikal yang serupa, komorbiditi, keparahan penyakit, dan skor keterukan semasa kemasukan. Semua pesakit mendapat sokongan oksigen di mana 12 dari 14 orang berada di sokongan ventilator.
Kadar kematian dalam kumpulan yang dirawat dengan Vitamin C lebih rendah (14.3%) berbanding dengan yang tidak dirawat (71.4%).
Tempoh hari di ventilator lebih pendek dengan kumpulan Vitamin C (14 hari) berbanding dengan kumpulan bukan Vitamin C (19.6 hari).
Begitu juga dengan jangka masa untuk penyapihan terapi oksigen yang lengkap juga lebih pendek pada kumpulan Vitamin C (16 hari) berbanding dengan kumpulan bukan Vitamin C (23.5 hari).
Dengan artikel yang sama, terdapat kajian mengenai keberkesanan Vitamin C IV pada pesakit yang bukan COVID-19. Berdasarkan lapan kajian (685 pesakit) yang termasuk dalam meta-analisi, penyelidik mendapati bahawa Vitamin C memendekkan panjang pengudaraan mekanikal secara purata sebanyak 14%.
Walaupun bukti kukuh untuk rawatan pesakit COVID-19 dengan Vitamin C IV blum ada tersedia, percubaan terkawal secara rawak sedang dijalankan.
Vitamin C adalah nutrien yang sangat penting dengan beberapa peranan dalam badan anda. Ia adalah antioksiden yang kuat, bermakna ia dapat meneutralkan sebatian yang tidak stabil (unstable compounds) dalam tubuh anda. Ia juga terlibat dalam beberapa proses biokimia, yang banyak berkaitan dengan kesihatan imun. Aktiviti antioksidannya dapat mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda.
Vitamin C juga dapat menjaga kulit anda sihat dengan meningkatkan pengeluaran kolagen, membantu kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mencegah sebatian berbahaya memasuki tubuh anda. Vitamin C pada kulit juga dapat meningkatkan penyembuhan luka. Vitamin C juga meningkatkan aktiviti fagosit, sel-sel imun yang dapat “menelan” bakteria berbahaya dan zarah lain.
Pada masa ini, tiada bukti yang menyokong penggunaan supplement Vitamin C oral untuk mencegah COVID-19. Jadi, kita makan/minum Vitamin C untuk menaikkan sistem ketahanan badan kita. Pilihan yang terbaik untuk mendapat Vitamin C untuk badan kita ialah dari Buah dan Sayur, sekiranya anda memilih untuk mengambil supplement vitamin C, anda harus memilih yang berkualiti tinggi dan mengambil dos yang betul.
Untuk vitamin C tambahan, jumlah yang boleh dimakan oleh kebanyakan orang setiap hari tanpa kesan negatif adalah 2,000 mg. Banyak produk supplement Vitamin C memberikan dos harian dari 250-1000 mg, jadi mudah untuk melebihi dos jika anda tidak berhati-hati. Pastikan membaca bungkusan dan hanya mengambil dos yang disyorkan untuk mengelakkan masalah. *Vitamin C juga boleh mengganggu kemoterapi, rawatan radiasi, atau ubat penurun kolesterol.
Peringatan anda harus berjumpa dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menambahkannya ke rutin anda.
4 Jenis Vitamin C Supplement
Ada 4 jenis Vitamin C Supplement yang bole dapat di pasaran Malaysia iaitu: Soluble, Chewable, Tablet, Powder. Kesimpulannya:
Soluble
Vitamin C Soluble adalah biji bulat yang letak dalam air dan minum.
Chewable
Vitamin C Chewable adalah biji yang boleh kunyah sesuai untuk semua umur.
Tablet
Vitamin C Tablet adalah Pil yang ditelan.
Powder
Vitamin C Powder adalah serbuk yang dibancuh dengan air dan minum atau terus masuk mulut.
Terdapat banyak produk dan jenama Vitamin C di pasaran Malaysia dan dibawah adalah senarai mengandungi 1000mg Vitamin C yang ada di Shopee:
Tekan pada produk atau harga untuk link kepada Shopee