25.May.2021
Nampak gambar Burger nak sangat pi carik kedai Burger paling sedap. Kat mane? Mai pm jap~ tq
Rambut Gugur sebab apa yang kita makan?
Salah satu punca rambut kita gugur adalah sebab makanan kita. Malaysia dipuji oleh ramai orang luar negara kita kerana kita ada banyak jenis makanan sedia ada di setiap sudu jalan raya. Lagi2 dengan sekarang ada Grab / Food Panda di tangan kita, makanan tiba2 sampai depan pintu.
Bayangkan masakan Mamak, Melayu, India, Cina, Barat, semua ada inti yang lebih kurang sama iaitu minyak dan gula.
Waktu muda (dan yang muda) tak berapa perasan dengan apa yang dimakan dan berlaku dengan secara tidak perasan, kita makan terlebih dari apa yang patut. Yang terjadi nya nanti beberapa tahun hadapan yang baru kita perasan badan kita mula bertukar dan bermulah ciri2 yang dulu tak ada, sekarang ada; seperti naik berat badan, mata rabun, kencing manis, dan juga rambut gugur.
Makanan yang kita makan bertanggungjawab untuk memberi “Nutrition” ke badan kita bukan sahaja untuk kesihatan kita, tapi juga untuk rambut kita juga.
Yang penting ialah untuk ada Diet yang Seimbang supaya rambut kita dapat la Vitamin yang diperlu untuk tumbuh dan lebat rambut dan juga masih bole makan Ramly Burger jam 3:30 pagi.
Jadi, makanan jenis apa yang membuat Rambut Gugur ni? Jom ~
Bukan Susu ok ke?
Susu ni kan mengandungi Protein dan Protein ni kan bagus untuk badan kita dan juga membantu dengan memelihara kesihatan rambut kita.
Tetapi, susu juga mengandungi sejenis Lemak. Lemak ni meningkatkan Tahap Testosteron dalam badan kita. Rambut kita ni ada cycle dia dan kesimpulan nya, rambut kita bila dh tua, akan gugur dan anak rambut baru akan tumbuh. Bila badan kita ada Testosteron yang tinggi (DHT), anak rambut kita (Hair Follicle) akan jadi lebih nipis dan cycle rambut kita akan jadi pendek.
Susu seperti susu lembu, susu kambing, keju, dan yogurt adalah salah satu jenis “dairy” yang membuat rambut gugur.
Gula memang tak baik kan
Gula memang dari dulu kita tau tak baik untuk kesihatan kita kan. Tapi dunia ni akan jadi masin jika tiada manis di hati kita. Jadi, kenapa Gula ni punca rambut gugur?
Gula ni membuat Peredaran Darah kita Lemah. Bila Peredaran Darah kita jadi masalah, susah darah kita nak jalan ke mana2 dalam badan kita termasuk ke akar rambut kita. Jadi “Nutrition” yang sangat penting untuk rambut kita ni tak dapat; membuat kulit kepala kita jadi kering dan akar rambut kita takde “Nutrition” untuk tumbuh rambut.
Gula, seperti susu tadi, membuat Testosteron kita naik jugak. Kalo pi Google tentang cara control rambut gugur, control gula tu paling penting.
Susu punca, Gula punca, Roti pon punca jugak?
Roti ni Karbohidrat, dan semua Karbohidrat punca jugak untuk rambut gugur. Makanan kegemaran kita seperti Pizza, Cake, Spagetti, dan Roti semua membuat rambut gugur.
Roti bila masuk badan kita akan jadi Gula dan seperti apa yang tulis di atas, Gula ni punca rambut gugur.
Roti Gardenia Classic, roti kegemaran Malaysia ni paling best. Isi dia Susu dan Gula, yang mana hantu Roti Gardenia ni dan roti susu, kena la jaga makanan jika mengalami rambut gugur.
Pi kedai runcit, 2-3 peti ais penuh dengan Air Gas.
Air Gas (Minuman Berkarbonat) ni bole kirakan punca yang senyap orang tak perasan. Air Gas ni berinteraksi dengan Insulin dalam darah kita dan menjadikannya kurang responsif kepada gula.
Ini membuatkan gula naik dalam aliran darah dalam badan kita dan mengganggu peredaran darah kita dan menurunkan bekalan Nutrien ke rambut kita; membuat rambut kita gugur.
Nampak Giant dan Aeon botol Air Gas besar tu murah betul, kena la was2 minum yer~
Tengok gambar Burger ni melilih plak air liur
Makanan dalam Malaysia semua berminyak dan itu lah makanan kehidupan kita. Sarapan Pagi dengan Nasi Lemak, Tengah Hari Mee Goreng, Malam Daging Rendang, 2 Pagi Ramly Burger.
Makanan Berminyak ni ada “Grease” dan Grease ni serap ke badan kita. Kulit Kepala kita ni melepaskan sejenis minyak nama “sebum“. Sebum ni memberikan kelembapan kepada kulit kepala kita dan juga pada rambut kita.
Tetapi, bila kita banyak makan makanan berminyak, Sebum kita pon menyerap grease dan membuat rambut kita nampak berminyak.
Bila kepala kita berminyak, anak rambut kita susah nak tumbuh dan membesar. Untuk membantu dengan masalah rambut yang berminyak, pakai Shampoo yang bantu dengan masalah rambut berminyak.
Jadi~
Makanan dalam Malaysia memang sedap dan setiap hari ada je makanan. Itu lah kebaikan negara ini dan kita ada banyak pilihan. Semua jatuh kepada diet kita yang akan membantu dengan kesihatan kita. Jaga Makan, Jaga Badan, Jaga Rambut – itu lah tips nya.
Balance kan lah diet anda dengan makanan yang best seperti di atas dan juga dengan makanan yang ada Vitamin A, B, C, D, dan E, Zinc, Iron, Biotin, dan Protein yang ada di dalam buah dan sayur; yang membantu dengan pertumbuhan rambut.
Untuk bantu tambahan, bole juga pakai petua tradisi iaitu Buah Keras disapu di kepala rambut (minyak atau balm).
Buah Keras mengandungi Vitamin C, D, E, Omega 3, 6, 9 yang dapat membantu memberi Nutrient yang penting langsung kepada akar rambut bila disapu di kepala rambut.
Pelo Balm mengandungi Buah Keras Asli dan juga 100% organik
Solusi kepada masalh rambut gugur semenjak turun temurun
Klik di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang Pelo Balm